Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 9 May 2013

Azza Ditayang Spender Stopa Ketika Berkempen!!?


DEMAM pilihan raya kali ini barangkali mengambil masa yang agak lama untuk sembuh, bagi pelakon dan penyanyi Azzarima Zawari.

Bagi taukeh bedak sejuk jenama Azza’s ini, dia tidak akan sesekali melupakan insiden menonton wayang ‘seluar dalam’ percuma oleh seorang penyokong,pembangkang ketika membantu kempen di Pahang, awal minggu lepas.

Kejadian itu berlaku ketika Azza dan rombongan hampir 10 wanita lain datang untuk berkempen dari rumah ke rumah di sekitar Pekan, Pahang.

“Kalau dikenang semula memang kelakar. Gara-gara marah, si polan itu dengan suka rela menyelak kain dan menayangkan seluar dalam kepada kami, wanita-wanita yang datang berkempen dari rumah ke rumah.

“Memang tergamam semua orang, sebab ia berlaku dengan pantas dan tanpa disangka sama sekali. Mungkin sebab yang datang berkempen itu semua wanita, dia jadi berani," kata Azza berkongsi kisah yang menggusarkan dirinya itu.

Kejadian itu berpunca daripada perasaan taksub dan tidak boleh menerima kehadiran pihak lain, yang bertentangan dengan ideologi politik insan terbabit.

Menurut Azza, dia tidak melakukan sebarang tindakan provokasi semula kepada pihak berkenaan, sebaliknya memilih segera beredar kerana bimbang keadaan bertambah keruh.

Dia juga tidak membuat sebarang laporan polis kerana percaya ia belum sampai ke tahap memudaratkan mana-mana pihak. - Utusan

No comments:

Post a Comment