Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 7 March 2013

Sultan Sulu Tawar Gencatan Senjata

 Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, hari ini meminta agar diadakan gencatan senjata susulan situasi semasa di Lahad Datu termasuk serangan pasukan keselamatan Malaysia ke atas kumpulan yang menceroboh wilayah Sabah sejak hampir sebulan lalu.

Selain itu, Jamalul juga meminta agar pasukan yang setia kepada beliau meletakkan senjata.

Beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.


"Sultan (Jamalul Kiram III) mahu gencatan senjata (di pihak) Kesultanan Sulu berkuat kuasa 12.30 tengah hari ini (Khamis)," kata jurucakapnya Abraham Idjirani di sini.

Katanya, langkah itu diambil susulan permintaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam.

Idjirani berkata, meskipun gencatan senjata diumumkan tindakan mempertahankan diri akan diteruskan jika terus diserang.Sumber-

No comments:

Post a Comment