Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 14 May 2013

Panggilan Telefon Yang Mengejutkan Najib Tun Razak!!!


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata dalam perbualan itu, Presiden AS tersebut juga diberikan taklimat ringkas mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Menurut kenyataan itu, di pihak beliau, Obama telah bersetuju untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global selama dua hari di Kuala Lumpur, bermula 11 Oktober.

"Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa,” menurut kenyataan itu. - Bernama




No comments:

Post a Comment