Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 14 May 2013

80 Peratus Mahu Anwar Tunai Janji Untuk Bersara!!

Lebih 80 peratus pembaca akhbar kewangan, The Edge mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu.

Bancian secara online akhbar itu menerusi laman web, www.theedgemalaysia.com menunjukkan, sehingga pukul 7.30 petang semalam sebanyak 9,077 orang menyatakan sokongan supaya Anwar mengotakan janji meletak jawatan.

Sementara itu, sebanyak 2,082 orang pula mahu Anwar terus mengetuai pakatan pembangkang kerana berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum lalu.

Bancian yang masih berjalan di bawah tajuk 'Pakatan rakyat telah gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Adakah Anwar perlu meletak jawatan sebagai ketua' secara keseluruhannya mendapat jumlah undian sebanyak 11,158 orang setakat ini.

Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos tahun lalu mendakwa beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dalam pada itu, AdQrate dalam laporan yang boleh dilayari di www.adqrate.com/newspaper/details?id>35&type>1 menjelaskan, kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan 120,000 pembaca akhbar The Edge adalah kaum Cina, manakala bakinya kaum-kaum lain.

Sebelum ini Anwar pernah menyatakan hasrat kepada Antarapos untuk bersara dari pentas politik dan menjadi pensyarah di Eropah sekiranya pakatan gagal menawan Putrajaya.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik jika kalah pada PRU 13.

Anwar dalam sidang medianya berkata beliau akan terus memperjuangkan hak rakyat dalam menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

"Bagi meneruskan keadilan kepada rakyat Malaysia (teruskan perjuangan). Saya dipermainkan oleh konco-konco Umno. (Sebelum ini) Saya (kata) akan undur sebaik habis pilihan raya tapi saya tidak akan putus untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

No comments:

Post a Comment