Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 9 May 2013

Politik Ekstremis, Pecah Belah adalah Didikan Anwar


Politik ekstremis dan pecah belah yang berlaku dalam kalangan masyarakat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berpunca daripada didikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terdesak untuk menjadi Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, itu jelas apabila Anwar sejak awal lagi menggunakan politik pecah dan perintah untuk mendapatkan sokongan Melayu dan mendidik politik ekstremis dalam kalangan kaum Cina.

Menurutnya, bagaimanapun politik ekstremis dipertanggungjawabkan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk disemai dan mendidik masyarakat Cina untuk menyokong DAP.

"Sesetangah pihak berkata, kebangkitan DAP berpunca daripada 'tsunami Cina' tetapi hasil kajian saya ia kesan daripada didikan Anwar yang memecahkan Melayu dan menanam sikap ekstremis dalam kalangan Cina untuk menyokong pembangkang.

"Saya pasti Anwar tahu akan kesan jangka masa panjang politik jahat itu boleh menggugat keharmonian negara, tetapi dia tidak mengendahkan perkara itu kerana lebih mementingkan cita-citanya untuk untuk menjadi Perdana Menteri," katanya semasa ketika ditemui selepas melawat penurapan jalan kampung di sini hari ini.

Mohd. Puad memberitahu, tindakan Anwar mengadakan perhimpunan di Kelana Jaya, Selangor malam tadi juga merupakan usaha terdesak beliau untuk menjadi Perdana Menteri. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment