Empat laporan polis dibuat mewakili BN, PAS, PKR dan KITA terhadap Tian Chua mendesak Ahli Parlimen Batu itu dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan susulan kenyataan biadapnya yang menghina wira negara.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO Merbok, Rosli Ahmad; Ketua Pemuda PAS Kampung Baru Bakar Arang, Saiful Zamani Ahmad; Naib Ketua I PKR Jerai, M Palaniappan dan bekas Presiden KITA, Zamil Ibrahim.
Selain mendesak Akta Hasutan digunakan, kumpulan itu turut menggesa golongan balu angkatan tentera memfailkan saman terhadap Tian Chua.Sumber-
No comments:
Post a Comment