Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) berhasrat hantar bantuan jika berlaku ketegangan antara Sultan Sulu dan pihak berkuasa Malaysia.
Panel Keamanan MNLF, Cecar Absalom menyifatkan perang mungkin akan berlaku sebagai merujuk kepada tindakan ancaman Malaysia untuk mengusir secara paksa Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Sabah.
Setiausaha Kerajaan Filipina, Manuel Roxas pula berkata, rakyat Malaysia sudah hilang sabar.
“Kerajaan Malaysia telah melanjutkan tiga hari untuk pengikut Azzumuddie Kiram yang mendirikan kemah di Lahad Datu sejak dua minggu yang lalu bagi meninggalkan Sabah dan kembali ke Filipina,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Pertahanan, Voltaire Gazmin berkata, aliran perdagangan antara Sabah dan beberapa pulau di selatan Mindanao digantung seketika kerana kawalan ketat bagi membolehkan rakyat berurusan antara kedua-dua negara.
“Akibat kejadian aktiviti perdagangan tukar barang terhenti kesannya harga asas komoditi di Tawi-Tawi menaikkan. Kasi dan Tawi-Tawi mendapatkan bekalan asas komoditi dan perdagangan produk di Lahad Datu di Sabah, yang lebih dekat daripada
Zamboanga City,” katanya.
Sekutu Politik Presiden Beningo Aquino, Senator Francis Escudero berkata, kumpulan Kiram perlu tamatkan konflik di Sabah dan pertimbang kebajikan rakyat Filipina yang kini berada di Malaysia sebagai pendatang haram.
“Kerajaan Filipina sepatutnya memikirkan kebajikan rakyatnya. Isu ini perlu ditangani melalui saluran diplomatik,” katanya. - Manila Standard Today.Sumber-
No comments:
Post a Comment