Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday, 26 March 2013

Lahad Datu : Perjuang Terkorban Diberi Penghormatan



Majlis Hari Polis Hening...

Hari Polis ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini semalam disambut dalam keadaan sayu namun diiringi semangat patriotik.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada sambutan tersebut bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.

Kesedihan jelas terpancar di wajah Perdana Menteri ketika beliau menyampaikan kenaikan pangkat itu kepada anak tunggal Deputi Superintendan Michael Padel. Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac lalu ialah Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, 29; dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.

Anggota polis yang gugur di Semporna pada 2 Mac pula ialah Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52; Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27; Deputi Superintendan Michael Padel, 36; Sarjan Mejar Baharin Hamid, 49; Sarjan Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sarjan Salam Togiran, 42
- Kosmo

No comments:

Post a Comment