Alor Gajah: Tindakan pantas polis memberkas seorang suspek yang menyamun sebuah rumah penduduk di Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara di sini, kelmarin, dapat membongkar kegiatan kumpulan penjenayah digelar Geng Adi.
Susulan kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, operasi khas dijalankan membawa kepada penahanan enam ahli kumpulan berusia lewat 20-an dari Lombok, Indonesia dipercayai baru seminggu berada di negara ini.
Selain menemui beberapa barangan berharga, polis merampas beberapa kain bertali dipercayai tangkal azimat digunakan suspek sebagai pendinding dan kebal ketika melakukan jenayah.
Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, seorang daripada mereka diberkas ketika cuba meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran anggota polis namun gagal apabila motosikal ditunggang terbabas.
“Bertindak atas maklumat, dua anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati dua motosikal berada berdekatan pagar sebuah ladang kelapa sawit sebelum dua suspek muncul namun terkejut melihat anggota berkenaan.
No comments:
Post a Comment