Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 21 March 2013

Kerajaan PKR Selangor Tetap Teruskan Projek Datum Jelatek

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan projek mewah, Datum Jelatek di Keramat dekat sini meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.


Bagaimanapun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengambil kira permintaan dan beberapa kemusykilan ditimbulkan oleh masyarakat setempat terhadap projek berkenaan.

"Pagi ini kita ada bincang dengan Pengurus Besar PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan beliau memberikan kita maklumat. Kita akan beri peluang kepada PKNS agar meneruskan projek tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.




Beliau mengulas tindakan 300 orang ahli Badan Bertindak Projek Datum Jelatek 1.0 dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyampaikan memorandum bantahan terhadap projek perumahan mewah dan komersial itu.

Kumpulan NGO terbabit menghantar memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini dan juga Menteri Besar.

Sebelum ini, badan bertindak tersebut mempertikaikan projek tersebut yang meletakkan harga seunit hartanah di kawasan itu antara RM700,000 dan RM11.5 juta yang di luar kemampuan pemilik asal hartanah di kawasan tersebut.

Mereka juga mendakwa projek tersebut telah diserahkan kepada ejen hartanah Singapura bagi memasarkannya.

Dalam memorandum tersebut, turut dinyatakan tentang tuntutan penduduk Taman Datuk Keramat agar projek tersebut dibatalkan kerana diragui tidak mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, di samping harganya tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.

Mereka turut menuntut projek mewah Datum Jelatek digantikan dengan pembangunan mampu milik masyarakat Taman Datuk Keramat, khususnya orang Melayu.

Kepada soalan tentang tuntutan kumpulan NGO terbabit agar kawasan pembangunan di Datum Jelatek dikekalkan 100 peratus milik orang Melayu, Abdul Khalid berkata, tanah tersebut bukan kawasan rezab Melayu.

Mengenai tuntutan penduduk agar projek mewah Datuk Jelatek ditukar kepada pembangunan mampu milik, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri tidak akan berbuat demikian kerana telah banyak projek mampu milik yang mementingkan keupayaan masyarakat telah dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment