Warga Suluk yang menetap di Sabah menyokong penuh pentadbiran kerajaan dan berharap insiden pencerobohan pengganas tidak menimbulkan tanggapan buruk lapisan etnik terhadap mereka.
Penduduk Taman Warisan Bandar Lahad Datu yang berketurunan Suluk, Rahim Abdul Latip, 29 berkata, sebelum serangan pengganas, kehidupan masyarakat berbilang kaum di negeri ini aman damai.
“Di Sabah terdapat 33 etnik berkongsi keamanan di bawah naungan 1Malaysia. Sehubungan itu, insiden pencerobohan pengganas itu tidak perlu dijadikan isu untuk saling bergaduh,” katanya.
Katanya, dia menegaskan hampir semua suku kaum Suluk di Sabah menentang keras pencerobohan itu dan mahu hidup harmoni seperti sediakala.
“Kami orang Suluk dan etnik lain yakin sepenuhnya pentadbiran kerajaan. Kami semua 1Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Silam (GPBS), Mohd Khalid Awang Sulaiman yang berketurunan India Bajau, berkata di sekitar Parlimen Silam, 18 persatuan belia membabitkan 33 etnik bersatu membentuk keamanan sejagat.
No comments:
Post a Comment