Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday, 22 March 2013

Gempak Beb!! Bawa Lembu Naik Proton persona

Tindakan seorang lelaki menjual seekor lembu yang baru beberapa jam dicuri kepada rakannya memakan diri apabila kedua-dua mereka dibelasah penduduk di sebuah kampung di sekitar Masjid Tanah, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, seorang penduduk di Kampung Seri Tanjung di sini, menyedari kehilangan seekor lembu betinanya kira-kira jam 8.30 pagi sebelum berjaya mengesan semula binatang berkenaan, empat jam. 

.
LEMBU yang hilang ditemui semula.

Sumber berkata, suspek berusia 28 tahun dipercayai melarikan lembu itu menggunakan kereta Proton Persona dan menempatkannya di sebuah kandang untuk dijual kepada seorang lagi suspek berusia 43 tahun.

“Menyedari kehilangan itu, mangsa kemudian meminta beberapa rakannya mencari lembu berkenaan dengan meninjau beberapa kandang di sekitar Masjid Tanah dan berjaya mengesan binatang itu diikat di kandang di depan rumah seorang daripada suspek.

“Apabila ditanya, suspek berdegil mendakwa lembu itu kepunyaannya hingga menyebabkan penduduk membelasahnya dan menjadikan peraih lembu berkenaan sebagai umpan memerangkap pencuri sebenar,” katanya di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment