Rakyat perlu menolak pemimpin pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka mempunyai masalah integriti, kata Bekas Exco Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Ghani Harun.
Beliau berkata, persoalan moral bukan hanya salah laku seks semata-mata, sebaliknya juga berkisar kepada persoalan integriti moral.
Jelas Abdul Ghani, beliau menjadikan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai contoh salah seorang pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah integriti.
Karpal disifatkan sebagai orang pertama mendedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan aktiviti homoseksual iaitu pada 18 Disember 1997.
Sebaliknya, pada waktu ini, Karpal antara pemimpin pembangkang yang membela Anwar bagi isu yang sama.
Pada 1997, beliau (Karpal) telah membongkarkan persoalan moral Anwar di dalam Parlimen dengan meminta Anwar membersihkan nama kerana ada dua laporan salah laku seks Anwar dengan pemandunya, Azizan Abu Bakar dan dengan isteri salah seorang pegawai Anwar sendiri.
"Karpal juga tahu soal keputusan mahkamah rayuan 2004 yang mengesahkan bahawa kejadian homoseksual di Tivoli Villa itu berlaku.
"Begitu juga beliau tahu bahawa kes keracunan arsenik adalah satu pembohongan. Ini persoalan integriti moral pemimpin yang seharusnya dinilai oleh rakyat dan sesungguhnya mereka ini tidak layak memimpin negara," katanya.
Abdul Ghani yang juga Presiden Warisan Anak Merdeka berkata demikian sewaktu menghubungi Utusan Online di sini hari ini.
Abdul Ghani turut mempertikaikan integriti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau (Guan Eng) tahu di dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang terbaharu, wujud penipuan secara disedari namun beliau membenarkan perkara itu berlaku.
"Ini jelas memperlihatkan integriti moral beliau hancur dan manusia ini tidak boleh dipercayai. Dengan ahli partinya pun beliau berbohong inikan pula rakyat biasa.
"Maka, renungkanlah nasib yang akan menimpa negara sekiranya mereka ini diangkat menjadi pemimpin Malaysia," tegasnya
Suke dengan blog anda.. Mari lawati blog kami..
ReplyDeleteMohon pautan blog saya disini..
http://perakrawk.blogspot.com/
Saya sudah pautkan blog anda disana..