Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 20 March 2013

Kantoi!! Sewa Rumah Bersama Kakak Angkat

Beego

Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Phyne Ballerz, Beego, memberitahu seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dua tahun lalu, dia menyewa rumah yang didiaminya bersama-sama seorang kakak angkat.

Selain mereka berdua, Beego turut memberitahu Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur JAIS, Muhammad Luqman Ramli, seorang lagi rakan lelakinya turut menyewa rumah berkenaan yang terletak di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Muhammad Luqman semasa memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes khalwat Beego dan dua rakannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Muhammad Luqman berkata, Beego memberitahu perkara tersebut ketika disoal olehnya dalam rumah berkenaan selepas serbuan dilakukan berikutan aduan orang ramai mengenai kehadiran lelaki dan wanita bukan muhrim di dalam rumah itu.

Sumber-

1 comment: