Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 20 March 2013

Remaja Terkena Tembakan Rakan Ketika Bersih Rumah

Seorang remaja lelaki cedera di kaki kanan setelah terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki ketika membersihkan sebuah rumah kosong di Permatang Pauh di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa berusia 18 tahun itu bersama-sama tiga lelaki lain sedang membersihkan rumah tersebut untuk dijadikan tempat memasak bagi satu majlis perkahwinan salah seorang sepupunya.

Menurut mangsa, seorang daripada mereka kemudian menemukan sepucuk pistol di atas sebuah almari di dalam rumah itu.


"Salah seorang rakan saya, seorang warga Bangladesh yang ikut sama membersihkan rumah itu telah mengambil pistol tersebut dan secara tidak sengaja telah menarik picu menyebabkannya meletup dan peluru mengenai kaki kanan saya," katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya di sini hari ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sama Gagah di sini itu memberitahu, tiga rakannya itu kemudian menghantar mangsa ke rumahnya sebelum menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis tidak menolak kemungkinan pistol tersebut adalah milik salah seorang lelaki berkenaan.

Katanya, polis telah menemukan slug pistol di tempat kejadian dan dihantar ke Unit Forensik untuk pemeriksaan lanjut.

"Kami sedang menyiasat jenis pistol yang digunakan itu kerana senjata api terbabit telah dilarikan oleh suspek," katanya selepas Majlis Penyerahan Tabung Wira Lahad Datu di Mes Pegawai Polis, Jalan Lahat di Pulau Pinang hari ini.

Abdul Rahim berkata, polis sudah mengenal pasti suspek terbabit dan sedang memburu mereka.

No comments:

Post a Comment