Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 20 March 2013

Mayat 28 Pengganas Kiram Dikebumi Sementara Dituntut Waris

Kesemua 28 mayat kumpulan pengganas Kiram yang telah selesai dibedah siasat dan dikenal pasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dikebumikan sementara dituntut oleh waris di lokasi yang dirahsiakan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mayat itu dijangka dikebumikan dalam tempoh terdekat.


Menurut beliau, keputusan mengebumikan mayat-mayat tersebut dibuat selepas satu mesyuarat melibatkan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.

"Pengebumian sementara itu adalah untuk mengekang masalah kesihatan yang mungkin timbul, selain mengatasi masalah kekurangan bilik mayat di Hospital Lahad Datu dan Tawau," katanya dalam sidang akhbar di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.

Bagaimanapun, Khalid berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana waris yang mahu menuntut mayat pengganas berkenaan.

Katanya, mereka yang ingin menuntut mayat tersebut perlu mengemukakan sampel DNA bagi dipadankan dengan maklumat diperoleh pasukan keselamatan.

Tambah beliau, sekiranya sampel yang diserahkan kepada pasukan keselamatan sepadan dengan maklumat yang ada, maka mayat itu akan diserahkan kepada individu atau kumpulan yang menuntut.

"Bagi mereka yang menuntut dari luar negara seperti Filipina, mereka boleh mengemukakan tuntutan kepada Kementerian Luar untuk urusan terbabit," tambahnya.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, waris atau keluarga pengganas tidak perlu takut untuk tampil menuntut mayat ahli keluarga mereka.

"Kenapa perlu waris takut (membuat tuntutan), kalau mereka tidak terlibat dalam aktiviti pengganas Kiram. Kalau tidak terlibat, jangan rasa takut," ujarnya.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm, blog http://metromalaya.blogspot.com sudah dipautkan di blog saya...tq..slm perjuangan!!!

      Delete