Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 28 March 2013

Dr Mahathir: Tiada Calon Lebih Susai Daripada Najib Untuk Tadbir Malaysia

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional (BN) selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku...," kata bekas perdana menteri ketika ditanya sama ada Najib perlu berundur sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang."...tetapi saya tidak ada calon atau apa-apa perkara seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kekuatan dalam Inovasi: Bagaimana Untuk Kekal Kompetitif dalam Dunia yang Pesat Membangun' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Sementara itu, Dr Mahathir juga[ bersetuju dengan pandangan bekas menteri kewangan dan penasihat ekonomi Tun Daim Zainuddin supaya Najib mengetengahkan muka baharu dalam pilihan raya kali ini.

No comments:

Post a Comment