Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 20 March 2013

Malaysia Akan Menang Mudah Dalam Isu Tuntutan Ke Atas Sabah

Malaysia akan menang mudah dalam isu tuntutan ke atas Sabah jika kerajaan Filipina dan Malaysia bersetuju membawa perkara itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata seorang pakar sejarah terkemuka tanah air.

Prof. Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, ini berdasarkan rekod dan bukti sejarah yang jelas menunjukkan Sabah adalah milik Malaysia.


Khoo berkata, jika sekalipun diadakan satu lagi pungutan suara mengenai hasrat rakyat Sabah, "semua rekod menyebelahi kita".


"Jika kerajaan Filipina membawa isu tuntutan ke ICJ, mereka akan kalah, sama seperti mereka kalah dalam isu tuntutan Sipadan.

"Mereka telah tidak 'mengendali' pulau ini sejak 1873. Lebih penting, rakyat Sabah telah bersetuju menjadi sebahagian daripada Malaysia. Ini keputusan dicapai Suruhanjya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Forum Kepimpinan Pusat Pengajian Kerajaan Razak (RSOG) berjudul 'Multibudaya di Malaysia: Adakah suasana wujud seperti seharusnya?' di Menara Prisma di sini hari ini.

Khoo diminta mengulas laporan bahawa kerajaan Filipina telah meminta sepasukan peguam kanan mengkaji tuntutan negara itu ke atas Sabah yang kini terhenti.

Debat mengenai tuntutan ke atas Sabah oleh kerajaan Filipina dan 'Kesultanan Sulu' timbul kembali berikutan insiden pencerobohan di pantai timur Sabah baru-baru ini.

Bagaimanapun, Khoo berkata, 'Kesultanan Sulu' tidak boleh membawa kes itu ke ICJ kerana ia bukan sebuah negara berdaulat.

"Sulu sendiri tidak boleh berdepan dengan Malaysia...sukar untuk pergi ke ICJ kecuali Manila sedia membantu mereka.

"Saya tidak pasti Sulu dan Manila dapat bekerjasama (dalam isu tuntutan ke atas Sabah). Mereka tidak pernah bersepakat," kata beliau.

No comments:

Post a Comment