Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 20 March 2013

Program Transformasi Direalisasi

Inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan sejak tiga tahun lalu telah terbukti membawa kejayaan kepada negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

NAJIB dan Muhyiddin bersama beberapa menteri Kabinet selepas pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di Kuala Lumpur semalam.

"Alhamdulilah, ceritera Malaysia ialah cerita kejayaan. Ia cerita harapan yang mengatasi nujum kemusnahan yang tidak mungkin tercipta tanpa gebar keselamatan dan kestabilan pasukan keselamatan negara," katanya.

Menurut Perdana Menteri, sudah tiba masanya untuk rakyat membuat pilihan tentang hala tuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

"Saya bagi pihak kerajaan telah pun membentangkan laporan tentang perjalanan yang telah dilalui semenjak tiga tahun lalu. Saya yakin bahawa rakyat bukan sahaja dapat melihat, mendengar dan menilai apa yang telah berlaku, tetapi juga merasai kesannya," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini malam tadi. Ucapan itu disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen utama negara.

No comments:

Post a Comment