Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 13 March 2013

Kommander Musa Masih Hidup?!


Keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan keselamatan Malaysia yang mendakwa “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu terbunuh dalam Ops Daulat.

Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini.


“Beliau masih lagi hidup dan mereka telah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah,” kata Idjirani menurut portal atas talian saluran tersebut.

Jurucakap tersebut turut didakwa mempertikaikan angka kematian anggota kumpulan itu dengan mengatakan hanya 23 orang terbunuh setakat ini.

Sebelum ini, polis mengesahkan 56 militan Sulu telah terbunuh sejak serangan bermula pada 1 Mac.

Agensi Berita Nasional (Bernama) turut melaporkan pertempuran senjata yang terbaru antara pasukan keselamatan dan kumpulan pemberontak, dua lelaki bersenjata Sulu terbunuh, meningkatkan jumlah kematian militan Sulu kepada 56 orang.

Setakat ini, 10 rakyat Malaysia telah terbunuh, termasuk lapan anggota polis dan dua orang tentera. Seorang lagi remaja, yang identitinya masih tidak diketahui, tertembak mati semasa operasi Ops Daulat.


**Ini semua taktik Sultan Kiram untuk menaikkan semangat pengganas pengganas yang masih hidup..jadi dia buat kenyataan kata Jeneral mereka masih hidup walaupun kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan salah satu mayat pengganas yang ditemui merupakan Jeneral Musa...- sumber dan sumber

No comments:

Post a Comment