Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday 4 May 2013

#PRU13:Pembangkang Sebarkan SMS Tipu!!!

Salah satu SMS tipu yang dihantar dan sedang rancak disebarkan oleh pakatan pembangkang untuk merayu undi daripada orang ramai.

Pembangkang menggunakan taktik penipuan dan provokasi menerusi pelbagai medium untuk mengelirukan rakyat dan meraih undi menjelang hari pengundian esok.

Terbaru, bermula semalam pembangkang menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan bahawa mereka telah mendapat antara 50 dan 70 peratus sokongan daripada pengundian awal iaitu melibatkan anggota tentera dan polis yang dijalankan baru-baru ini.

Kandungan salah satu daripada SMS-SMS itu berbunyi:

"Berita baik 50%-70% Tentera /Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka bersama kita untuk tumbangkan UmmNO.BeEnd. Usah takut. Keluar UNDI. ABU"

Malah pakatan pembangkang juga menyebarkan kononnya mereka mendapat sokongan besar daripada undi pos dari luar negara.

SMS-SMS pembangkang tersebut ternyata secara terang-terangan menipu kerana ketika ini, undi awal sama ada daripada pihak polis, tentera dan undi pos belum lagi dibuka dan dikira.

No comments:

Post a Comment