Biar betul Pagi tadi ebb ada mendapat satu pesanan ringkas (sms) yang memberitahu pihak pembangkang akan mula melakukkan kekecohan (tunjuk perasaan) jika mereka kalah pada PRU 13 nanti.
Mereka juga akan sentiasa menyalahkan kerajaan dan SPR khususnya didalam pilihanraya.Sebagai contoh semasa undi pos mereka sentiasa mencari segala kesilapan SPR didalam menguruskan undi pos.
Dan tidak mustahil pada hari mengira undi nanti,apabila mereka tahu mereka kalah,mereka akan menyalahkan kerajaan dan SPR tidak telus semasa mengira peti undian.
Setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai karenah pembangkang yang sah belum terbukti, tidak pernah ada kata putus mengesahkan mereka bersatu padu.
Menurut info dari seorang penganalisis politik(nama harus diharuskan) , beliau berkata Pembangkang yang diterajui parti utama iaitu PAS ,PKR dan Dap sedang mewujudkan satu suasana yang melambangkan mereka diambang kemenangan.
Oleh itu masyarakat malaysia harus sedar dan pandai membuat undian yang betul untuk hidup dalam negara yang selamat dan lebih terjamin.Jangan sesekali terpedaya dengan perkataan 'ubah' kerana sekali berubah selama-lamanya kita akan dijajah kembali.
No comments:
Post a Comment