Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan pengganas Sultan Sulu yang bersenjata di Lahad Datu, Sabah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.
Perdana Menteri berkata, beliau sudah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara (KPN) dan Panglima Angkatan Tentera (ATM) untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan pengganas dari Filipina itu tanpa ada kompromi lagi.
Najib turut mengesahkan dua anggota polis terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota penceroboh turut maut.
"Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan (pengganas) ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan pengganas yang diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram yang telah berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu sejak 9 Februari lalu.Sumber-
No comments:
Post a Comment