Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday, 1 March 2013

Sidang Media Perkasa Perak


1 Mac 2013,Hotel Seri Malaysia-Perkasa Perak iaitu sebuah badan NGO orang Melayu akan menganjurkan satu Himpunan Rakyat Perak Bertempat di Dataran Bagan Serai Perak pada hari Ahad,3 Mac 2013,yang dianggarkan kehadirannya mencecah lebih kurang 10,000 orang rakyat,Kata Pengerusi Perkasa Perak,Md Yussuf Alang Ahmad.

Menurut nya lagi, beliau berkata dalam sidang media sebentar tadi tetamu yang akan diberi untuk membuat ucapan iaitu Dato' Ibrahim Ali,Dato' Zahir Mat Arip ,Mursyidul Am Tibai .Turut hadir ke himpunan berkenaan adalah bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir serta Isterinya Tun Siti Hasmah dan Tun Mahathir akan memberi ucap tama pada himpunan bekernaan.



Selain itu,katanya lagi didalam sidang media,himpunan ini merupakan satu himpunan yang mendapat sokongan daripada pemimpin berdekatan dengan bagan serai serta beliau mengaskan akan wujud satu gelombang keyakinan baru,satu kekuatan baru serta penyampaian maklumat yang sebenar kepada rakyat.Beliau juga mengharapkan Tun Mahathir memberi input yang berguna buat rakyat yang hadir ke himpunan tersebut.

Ketua Penerangan Perkasa Perak,Sedara Mahhadee bin Ramlee berkata,himpunan Rakyat Perak ini adalah satu rentetan daripada perhimpunan yang telah diadakan di Pasir Salak yang dianggarkan kehadirannya mencecah 7,000-8,000 kehadiran.Beliau juga menegaskan Perkasa akan sedaya upaya akan membantu kerajaan dalam semua perkara.


Didalam sidang media tadi,Perkasa ada memberi respon tentang Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentang tempoh hari,menurut Perkasa,manifesto ini seperti sebuah Janji Manis,seperti lagi Janji Manismu yang didendangkan oleh Aishah.Mereka juga menyentuh tentang ibu tunggal yang menyaman kerajaan Negeri Selangor yang telah gagal melaksanakan manifesto PRU 2008.Perkasa juga menyentuh soal hudud yang tidak disentuh langsung dalam Manifesto Pr yang dibentang tempoh hari.

Perkasa juga turut memberi komen tentang P.Bala yang menyentuh kes pembunuhan Altantuya,menurut Perkasa,Wira Perkasa Sg,Siput membuat satu laporan polis(rujuk lampiran) tentang kes ini.Perkasa mendesak supaya tindakkan tegas dapat diambil dan mendesak supaya P.Bala jangan bermain-main serta mendesak memberi bukti jika ada.

laporan Polis yang telah dibuat

Diakhir sidang media,Perkasa menyentuh isu artis yang giat berkecimpung dalam arena politik pembangkang,Perkasa bertegas kebanyakkan artis yang berkecimpung ini hanya suka cakap lepas tanpa menilai apa keburukkannya.Sumber-

No comments:

Post a Comment