Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 1 May 2013

Panas!!Benarkah Bapa Saiful Menarik Balik Dakwaan Isu Liwat Saiful?


Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini menarik semula kenyataannya pada 8 Mac lepas yang mendakwa insiden liwat ke atas anaknya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan konspirasi politik.

Menurut Azlan, tindakan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran terpedaya dengan desakan sesetengah pihak.


Pihak mana tu ????

"Kesedaran ini timbul dari diri saya sendiri. Saya membela anak saya dan secara tiba-tiba saya mengkhianati sumpah beliau (Saiful). Saya termakan hasutan beberapa pihak untuk membuat sidang akhbar pada 8 Mac," katanya kepada pemberita di Ibis Styles Hotel, Balakong, hari ini.

Tambah beliau, tindakannya menarik kembali kenyataan tersebut disebabkan oleh sumpah laknat yang telah dilafazkan oleh beliau dan anaknya sebelum ini disamping ingin mengeratkan semula hubungannya dengan Saiful yang dikatakan renggang selepas beliau mengeluarkan dakwaan itu.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya ketika ini adalah kembali kepada keluarga saya. Saya telah kembali ke pangkal jalan.

Selanjutnya Klik Disini

No comments:

Post a Comment