Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 2 May 2013

61 Ahli PAS Di Lintang Sertai UMNO!!!

Seramai 61 ahli PAS dari Kampung Periang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Diketuai Zamani Mohamad, borang menyertai UMNO diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Datuk Zolkaply Harun, malam tadi.

Kumpulan itu nekad meninggalkan parti berkenaan selepas menyedari terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang.

Beliau berkata, mereka kini sedar hanya Barisan Nasional (BN) yang dapat membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat negara ini.

Sebelum ini, lebih 600 ahli PAS dari Parlimen Larut turut meninggalkan parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam dan menyertai UMNO.

Mereka bertindak sedemikian kerana mendapati perjuangan parti tidak lagi relevan kerana bersekongkol dengan DAP untuk meraih kuasa politik.

Kegagalan PAS menetapkan pendirian dalam isu kalimah Allah juga menyebabkan ahli dan penyokong PAS dari beberapa buah kampung dari kawasan itu antaranya Kampung Sungai Bayor dan Kampung Tapah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti berkenaan.

No comments:

Post a Comment