Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday 16 March 2013

15 Mayat Baru Ditemui # Lahad Datu

Anggota keselamatan negara telah menemui tiga kubur baru di Kampung Tanduo.

Semakin lama pengganas berkubu di Kampung Tanduo di sini, makin ramai pula anggota mereka yang ditemui mati ekoran kecekapan dan ketepatan pasukan keselamatan menjalankan Operasi Daulat di kawasan bergolak tersebut.

Semalam pasukan keselamatan menemui dua lagi kubur baharu pengganas Sulu tidak jauh dari sebuah lubang yang ditemui pada 6 Mac lalu. Di dalam lubang itu mengandungi sembilan mayat.

Dua kubur tersebut mengandungi enam lagi mayat pengganas Sulu yang sudah mereput dan berbau busuk menjadikan jumlah sebenar musuh yang mati ditembak dalam pertempuran pada 1 Mac lalu meningkat kepada 15 orang dan bukan 12 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dua kubur itu ditemui selepas pasukan keselamatan membuat pemeriksaan teliti di kawasan kampung tersebut.

"Ketika pertempuran pada 1 Mac lalu, dua anggota kita telah terkorban manakala kita pula memberitahu 12 pengganas telah ditembak mati. Namun pada masa itu, kita tidak menemui mayat musuh.

"Apabila kita melakukan pemeriksaan enam hari kemudian, kita menemui sembilan mayat di dalam satu lubang besar. Hari ini (semalam) pasukan keselamatan yang memeriksa kawasan itu sekali lagi menemui enam lagi mayat di dalam dua buah kubur menjadikan jumlah yang mati menjadi 15 dan bukan 12 seperti yang dimaklumkan sebelum ini."Sumber-

No comments:

Post a Comment