Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday, 18 March 2013

Pecah Meter Paip Mandi Jenazah

Keluarga Allahyarham Mohd Ramli mengambil masa lebih dua jam menadah air untuk memandikan jenazah berikutan tekanan air rendah bagi mempercepatkan proses pengebumian di Kampung Atas Kok, Simpangan, Tumpat. - Foto Rohaiza Ab Rahman

Tekanan air rendah, khidmat lori tangki AKSB terhad punca waris bertindak 

Tumpat: Akibat tekanan air rendah, sebuah keluarga dari Kampung Atas Kok, Simpangan di sini, terpaksa memecahkan meter paip dan menadah air selama dua jam bagi memandikan jenazah, semalam. 

Keluarga itu terpaksa berbuat demikian untuk mempercepatkan proses pengebumian jenazah Mohd Ramli Awang Min, 58, yang meninggal dunia pe-tang kelmarin, akibat serangan jantung. 

Walaupun sudah meminta bantuan mendapatkan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), syarikat itu gagal berbuat demikian dengan alasan kemudahan lori tangki air terhad.

Gagal dapat bantuan AKSB

Walaupun sudah meminta bantuan mendapatkan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), syarikat itu gagal berbuat demikian dengan alasan kemudahan lori tangki air terhad.

Selepas menadah air dari jam 8 hingga 10 pagi, jenazah dapat dimandikan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bunohan, kira-kira jam 11.30 pagi.

Anak Allahyarham Mohd Ramli, Nor Amira, 21, berkata sepatutnya urusan pengebumian jenazah bapanya boleh disempurnakan lebih awal, tetapi disebabkan masalah air, ia terpaksa ditangguhkan. 
Katanya, apabila mendapati tekanan air rendah sehingga memberikan masalah untuk memandikan jenazah, saudaranya menghubungi AKSB untuk meminta bantuan supaya dihantar bekalan air.

“Bagaimanapun, jawapan yang diberikan AKSB mengecewakan apabila memberitahu lori tangki air adalah terhad yang menyebabkan mereka tidak dapat menghantar bekalan air pada waktu itu,” katanya.

Nor Amira berkata, disebabkan tiada pilihan, keluarganya sepakat memecahkan meter paip berhampiran rumah dan menadah air dengan baldi selama dua jam, sebelum memandikan jenazah.

“Saya kecewa dengan kejadian seperti ini dan sepatutnya AKSB bertindak profesional dalam menangani masalah ini. Mereka sepatutnya menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat negeri ini," katanya.

Nor Amira berkata, bagi melancarkan urusan majlis tahlil arwah bapanya, dia bersama keluarga terpaksa juga menadah air dari meter yang dipecahkan itu.

Katanya, lebih 1,000 penduduk di kampung itu berdepan masalah air sejak lebih lima tahun lalu sehingga terpaksa menggunakan air dari tali air yang keruh serta berbau lumpur.

"Sehingga kini, tiga kes berkaitan dengan urusan memandikan jenazah terpaksa ditangguhkan sementara di kampung ini berikutan masalah air," katanya.

No comments:

Post a Comment