Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday 16 March 2013

Terkini!! Azzumudie Berjaya Lolos, Tinggalkan Kumpulan Pengganas Bersendirian

Ketua pengganas Sulu yang melancarkan serangan bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Azzumudie Kiram disahkan telah melarikan diri ke selatan Filipina dan meninggalkan kumpulannya bersendirian.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain ketika mengesahkan perkara itu berkata, pasukan keselamatan negara mendapat maklumat mengenai status ketua pengganas berkenaan daripada pelbagai sumber risikan.


"Azzumudie telah meninggalkan kumpulannya bersendirian dan melarikan diri ke negaranya," katanya dalam sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di sini malam ini.

Sementara itu, Ismail berkata, maklum balas yang diterima daripada pasukan keselamatan dalam Ops Daulat juga menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama kumpulannya.

Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan, Zulkifeli dan Ismail enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.Sumber-

No comments:

Post a Comment