Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday, 18 March 2013

Nik Aziz Kata Itu Adalah Anwar?


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini turut mendakwa Umno adalah dalang kepada penyebaran gambar homoseks seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tindakan Umno yang tidak berputus asa untuk menjatuhkan Anwar ibarat 'mahu mencincang' Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

\
"Kerja Umno tuduh orang. Tak puas lagi, dia nak cincang Anwar pula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Expo Kelantan 2013 di Kompleks Karangkraf, malam tadi.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata Umno tidak akan berhenti menyekat Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu mampu melumpuhkan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap parti itu. Bagaimanapun, Nik Aziz yakin Umno tidak akan dapat menyingkir Anwar walau apa cara sekalipun.

"Anwar budak cerdik. Payah kalau Umno tak singkir," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas penyebaran beberapa gambar homoseksual lelaki mirip Anwar yang tersebar secara meluas di laman-laman sosial.

Blog http://rajagoyang360.blogspot.com baru-baru ini memuatnaik 13 keping gambar aksi intim seorang lelaki mirip Anwar bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. 

Gambar hitam putih yang dipaparkan itu menunjukkan lelaki mirip Anwar itu memasuki sebuah bilik sehinggalah beberapa aksi mesra termasuk gambar bogelnya.

Anwar selepas menghadiri sesi 'Dialog Anak Muda bersama Anwar' di Bandar Utama petang semalam berkata pendedahan terbaru itu sebagai didalangi Umno.

"Fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya. Umno menggunakan media untuk menyebarkan fitnah, itu namanya Melayu muslim," katanya.

Nik Aziz Seolah-olah Mengesahkan gambar itu adalah gambar Anwar dan umno adalah dalang disebalik gambar berkenaan.Sedangkan gambar yang diupload di dalam blog http://rajagoyang360.blogspot.com Tak diberi tahu nama anwar pun.

Ini reaksi anwar ketika diminta mengulas balik isu berkenaan.





No comments:

Post a Comment