Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 18 March 2013

PM Umum Pemberian Bonus Untuk Kakitangan PNB


Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada semua kakitangan tetap dan kontrak syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu sebagai tambahan kepada bonus 2012 yang dibayar sebelum ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian RM1,000 kepada 2,474 anak warga PNB yang berusia 23 tahun dan ke bawah dalam bentuk Amanah Saham 1Malaysia.

Menurut beliau, keupayaan pemberian insentif itu adalah hasil kecemerlangan PNB mengumpul aset berjumlah RM237 bilion setakat Disember tahun lalu.

"Kejayaan PNB dan kumpulan jelas menunjukkan warga bumiputera mampu dilantik mengendalikan syarikat korporat yang besar. Kalau dulu mereka tiada peluang, tapi sejak kewujudan PNB, ramai anak bangsa yang dibariskan di kalangan mereka yang menguruskan peniagaan berbilion ringgit," kata Najib.

NAJIB Tun Razak menyatakan sesuatu kepada Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Hamad Kama Piah Che Othman (kanan) sejurus beliau merasmikan Skim Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah Amanah Saham Nasional Berhad pada Majlis Makan Malam Syarikat Kumpulan dan Sempena 35 tahun Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Dewan MAEPS, di Serdang, Selangor malam tadi. 

Perdana Menteri mengumumkan demikian pada Majlis Makan Malam Syarikat Kumpulan PNB Bersama Perdana Menteri Sempena Ulang Tahun Ke-35 PNB di Taman Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) dekat sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Esekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Pada majlis yang sama, Najib turut melancarkan skim Hibah Amanah dan Perisytiharan Amanah PNB iaitu perkhidmatan terbaharu berkaitan perwarisan unit Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) untuk manfaat lebih 11 juta pemegang unit yang melanggan sembilan tabung unit amanah syarikat tersebut.

Katanya, pendaftaran skim itu yang akan dibuka mulai esok akan memudahkan pengagihan unit amanah ASNB kepada waris dengan lebih cepat, berbanding proses tuntutan harta pusaka biasa selepas pemegang unit meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment