Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday, 17 March 2013

Pilihan Raya Tidak Jejas Ops Daulat

Gerakan menjejaki pengganas Sulu tetap akan diteruskan di kawasan musuh di sini walaupun pada waktu pilihan raya umum dijalankan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam hal keselamatan, pasukan keselamatan tidak boleh berkompromi dengan apa jua keadaan.


"Tidak kira pilihan raya berlaku dalam masa terdekat ini, kalau kami dikehendaki berada di sini (Lahad Datu), kami akan terus berada di sini," tegasnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau memberitahu, pasukan keselamatan juga tidak pernah menetapkan tempoh dalam menamatkan isu pencerobohan sekumpulan pengganas Sulu di Sabah sejak 12 Februari lalu.

Menurut Hamza, matlamat utama Ops Daulat ketika ini adalah menjejak saki-baki pengganas yang dipercayai tinggal seramai 50 orang selain membersihkan kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk yang berada dalam gugusan Tanjung Labian.

No comments:

Post a Comment