Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday 9 March 2013

Bantah Projek Kondominium

Tindakan kerajaan negeri Selangor membina projek PJ Elevated City di Seksyen 8, Petaling Jaya dekat sini didakwa turut mengandungi kondominium yang bakal didiami oleh 10,000 pekerja asing mendapat bantahan orang ramai.

Pekerja asing tersebut dikatakan akan tinggal di kediaman itu yang disewa oleh majikan mereka.


Menurut Pegawai Penyelaras MCA Kampung Tunku, Petaling Jaya, Kelvin Chong, pembinaan kondominium untuk pekerja asing adalah tidak sesuai kerana masih ramai penduduk tempatan tidak memiliki rumah.

Dakwanya, kerja-kerja meratakan kawasan projek yang dianggarkan bernilai RM1.2 bilion itu telahpun bermula.

Projek itu dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Harga seunit kondominium itu kira-kira RM200,000.Sumber-

No comments:

Post a Comment