Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday, 8 March 2013

Dua Komando Polis Terima Rawatan Susulan

Dua perwira negara yang cedera akibat insiden tembakan dengan pengganas di Kampung Tanduo, Sabah, Sabtu lalu diterbangkan ke sini, hari ini bagi menjalani rawatan susulan.

Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Koperal Azman Ampong, 39, yang merupakan anggota Komando VAT 69 tiba dengan pesawat Cessna Caravan 208 dari Pangkalan Udara Sungai Besi, di hangar Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini pada 5.30 petang.


Kedua-dua anggota Komando itu diterbangkan dari Lahad Datu, Sabah pada 8 pagi tadi dengan pesawat King Air PDRM ke Sungai Besi.

Sebelum ini, kedua-dua mereka menerima rawatan di Hospital Lahad Datu selepas masing-masing cedera di bahu kanan dan kaki serta bahagian punggung dan paha akibat ditembak penceroboh bersenjata dalam insiden berkenaan.

Sebaik mendarat, mereka dikejarkan dengan ambulans untuk dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini bagi rawatan susulanSumber-

No comments:

Post a Comment