Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday, 10 March 2013

Pengganas Sulu Kini Berpecah

Kumpulan pengganas Sulu yang tertekan selepas terperangkap dengan operasi besar-besaran pasukan keselamatan kini menukar kepada taktik gerila dengan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi menyelamatkan diri.

Nasib mereka kini ibarat telur di hujung tanduk setelah pasukan keselamatan menggandakan kekuatan dengan penambahan anggota zon operasi bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada pengganas berkenaan sekali gus menamatkan konflik.

Ops Daulat di Lahad Datu yang masuk hari kelima semalam menyaksikan seorang lagi pengganas Sulu mati dibunuh di Kampung Tanduo menjadikan jumlah keseluruhan pengganas yang maut 53 orang.


Selain itu, 27 lelaki yang mendakwa sebagai nelayan turut ditahan menjadikan jumlah tahanan akibat konflik tersebut kini 106 orang. Ini termasuk lapan lagi tali barut yang ditahan semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin memberitahu, kumpulan pengganas Sulu kini telah berpecah dan bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Beliau menambah, risikan yang dibuat pasukannya mendapati kumpulan tersebut kini telah terkepung sepenuhnya dan hanya bergerak antara Kampung Tanjung Batu dan Tanduo.

"Kawasan kepungan kita di Kampung Tanduo adalah sekitar empat kilometer dan begitu juga di Tanjung Batu.

"Ketika ini, pasukan kita telah mengepung kedua-dua kawasan tersebut menyebabkan mereka hanya bergerak antara kedua-dua kampung.

"Pasukan kita juga telah mengesan seorang daripada mereka yang cuba keluar daripada kepungan dan berjaya menembak mati musuh tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya lagi, operasi menggeledah dan mencari kini tertumpu di kawasan Kampung Tanduo selepas mendapati musuh telah bergerak ke Tanjung Batu.

"Selesai kita bersihkan Tanduo, kita akan masuk ke Kampung Tanjung Batu dan adalah mustahil untuk mereka melepasi kepungan ini.

"Musuh yang tidak dapat lari bersembunyi di Kampung Tanduo bukan di rumah-rumah tetapi di semak dan hutan tebal yang terdapat di kawasan tersebut," katanya.

Tambahnya lagi, permukaan bumi yang berpaya dan sebagainya di antara kedua-dua kampung turut dikawal ketat pasukan keselamatan.

Dalam pada itu, kor bantuan tempur dari Kuching, Sarawak berlepas ke Lahad Datu semalam bagi membantu operasi menggempur habis-habisan dan memburu saki-baki penceroboh di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu saki-baki penceroboh militan kembali menyaksikan kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu.

Beliau berkata, kawasan Felda Sahabat turut bergegar dengan beberapa bunyi dentuman bom dari kawasan zon merah pada pukul 1 pagi dan 7.30 pagi dengan bunyi pesawat dan helikopter berlegar di ruang udara kawasan ground zero itu.Sumber-

1 comment:

  1. Salam perjuangan..mohon paut kan blog saya di sini >>>

    http://perakrawk.blogspot.com/

    saya telah pautkan blog tuan/encik di sana

    ReplyDelete