Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 7 March 2013

Penyanyi Nouri Direman Kes Kematian Suami

 Penyanyi yang popular pada tahun 90-an, Nouri (gambar) semalam ditahan reman bagi membantu siasatan kes kematian suaminya di sebuah kondominium di Ampang Utara di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan penahanan Nouri atau nama sebenarnya Norin Ramli, 39, bersama dua anak saudaranya bermula semalam hingga Ahad ini di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

NOURI, penyanyi yang popular pada tahun 90-an

"Wanita itu dan dua individu lagi telah ditahan di Ampang pagi tadi (semalam) bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang Isnin lalu, suami penyanyi tersebut, Khairul Azmi Jaafar, 39, ditemui mati dengan tangan dan kakinya terikat.

Mangsa yang merupakan ejen jualan langsung dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.

No comments:

Post a Comment