Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday, 12 March 2013

Polis Rekod Kenyataan Tian Chua

Polis Johor mengambil keterangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa, insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai konspirasi terancang dan sandiwara UMNO.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, keterangan Ahli Parlimen Batu itu direkodkan di ibu negara petang semalam oleh sepasukan polis kontinjen Johor.

"
SEBAHAGIAN daripada 50 penduduk membakar patung Tian Chua di Taman Desa Mutiara, Johor Bahru semalam.

Tian Chua, polis juga merakamkan keterangan dua editor Keadilan Daily dan wartawan dari NST (New Straits Times) di ibu negara," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.

Jelasnya, sehingga kelmarin, sebanyak 230 laporan telah dibuat oleh orang ramai di seluruh negara terhadap kenyataan Tian Chua dengan laporan pertama diterima pada 2 Mac lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.Sumber-

No comments:

Post a Comment