Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 7 March 2013

Rakyat Sabah Diminta Beri Kepercayaan Kepada Pasukan Keselamatan

Rakyat Sabah diminta memberikan kepercayaan penuh kepada pasukan keselamatan negara dalam menyelesaikan krisis pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu. 

Ketika membuat seruan itu, Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata kepimpinan negara mampu untuk menangani isu itu berlandaskan prinsip ketegasan berhemah yang menjadi pegangan kepimpinan kerajaan selama ini. 


"Negara kita berpengalaman menyelesaikan pelbagai kemelut hampir serupa sebelum ini khususnya menghadapi ancaman pengganas komunis dan konfrontasi bersenjata dengan negara jiran pada tahun 1965," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Justeru, beliau menegaskan kesepakatan dan perpaduan nasional adalah benteng paling kuat untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan asing. 

Abdul Bakri, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, turut meminta pihak tertentu supaya tidak mengambil kesempatan daripada insiden pencerobohan di bahagian timur negeri itu untuk mengaut keuntungan politik.

No comments:

Post a Comment