Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday 9 March 2013

Rumah Mampu Milik: Anwar Tuding Jari Kepada Pusat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuding jari ke arah kerajaan Pusat berhubung kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat negeri ini.

Sambil cuba menutup kelemahan kerajaan negeri, Anwar berkata tanggungjawab membina rumah untuk golongan berpendapatan rendah itu terletak di bahu kerajaan Pusat.

"Sepanjang lapan tahun saya menjadi Menteri Kewangan, tanggungjawab membina rumah mampu milik ini adalah tanggungjawab kerajaan Pusat.


"Kerajaan negeri hanya menyediakan tanah sahaja dan pembangunan dilakukan oleh kerajaan Pusat," katanya ketika berucap di Majlis sambutan ulang tahun kelima pemerintahan kerajaan pembangkang di Pulau Pinang di Padang Kota Lama.

Bagaimanapun, Anwar tidak pula menjelaskan bagaimana kerajaan negeri begitu rancak membina rumah-rumah mewah dan "rumah mampu milik" yang berharga RM400,000 ke atas yang menimbulkan rasa gelisah di kalangan orang Melayu di negeri itu.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam majlis sama terus menabur janji manis untuk membina tambahan 3,000 lagi unit rumah mampu milik di bahagian pulau.

"Saya telah arahkan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mencari tanah bagi pembinaan projek berkenaan," katanya.

Janji Guan Eng itu juga seolah-olah cuba melegakan rakyat sedangkan projek perumahan yang dilancarkan sebelum ini masih belum menampakkan sebarang bayang.Sumber-

No comments:

Post a Comment