Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 6 March 2013

Terkini! Seorang Terbunuh,Gempur Ops Daulat



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu.

Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung.

Beliau tidak mendedahkan lokasi kejadian itu tetapi memberitahu seorang pengganas Sulu tumpas manakala tidak ada sebarang kecederaan di pihak Malaysia.

Ismail juga mengesahkan bahawa kawasan Ops Daulat yang sebelum ini seluas 4 kilometer, kini diperluaskan lagi berikutan ada di kalangan pengganas dipercayai yang bergerak ke beberapa kawasan lain dengan menyamar sebagai orang awam.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

Pada sidang yang sama, beliau juga berkata, pihaknya belum lagi mahu menyiarkan jumlah pemberontak Sulu yang cedera atau maut dalam operasi yang digerakkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.

Dalam operasi itu yang bermula sekitar 7 pagi, pengganas digempur dan dilemahkan dalam masa hanya 3 jam oleh pasukan tentera.

Namun, OPS Daulat masih tidak berakhir kerana ia disusuli dengan operasi ‘mopping out’ atau operasi pembersihan dan penggeledahan terpaksa diperluaskan daripada sasaran asal kerana terdapat tanda-tanda kumpulan pengganas bergerak ke satu lokasi lainSumber-

No comments:

Post a Comment