Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 10 March 2013

Warga Emas Ditahan Bawa Senjata Api

Suasana cemas seketika di sekitar Jalan Hang Tuah berhampiran bangunan UMNO di sini, semalam, apabila pasangan suami isteri warga emas berusia lingkungan 60-an ditahan selepas disyaki memiliki senjata api.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, polis menemui selaras senapang patah daripada suspek yang menaiki sebuah kereta. Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan kira-kira jam 4.30 petang selepas polis mendapati tiada unsur jenayah. Ketika kejadian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang menghadiri taklimat bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri di bangunan UMNO terbabit.


Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan kejadian itu.

"Pasangan warga tempatan itu pada mulanya ditahan kerana dilihat mencurigakan dan turut memiliki senjata jenis 'shot gun' (senapang patah).

"Siasatan lanjut bagaimanapun mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kehadiran mereka di lokasi terbabit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut beliau, polis berharap tiada sebarang spekulasi dibuat mengenai kejadian itu.Sumber-

No comments:

Post a Comment