Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 7 March 2013

Gangguan Seksual Latihan Renang

Seorang anggota wanita sebuah pasukan keselamatan membuat laporan polis selepas mendakwa diganggu secara seksual oleh rakan sekerja lelaki ketika menjalani latihan renang di Pantai Miami, Batu Ferringghi, kelmarin.

Kejadian berlaku sejak Januari lalu apabila mangsa berusia 23 tahun menjalani latihan bersama suspek berusia 20 tahun di pantai berkenaan, selain mendakwa menerima kiriman sistem pesanan ringkas bergambar (MMS) lucah daripada suspek.


Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, berdasarkan siasatan, mangsa mendakwa menerima gambar kemaluan lelaki yang dihantar suspek.

Beliau berkata, mangsa memberitahu suspek mencabulnya dengan memegang payudaranya ketika menjalani latihan renang, selain suspek melondehkan seluarnya dan meminta mangsa melakukan seks oral.Sumber-

No comments:

Post a Comment