Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 13 March 2013

Jangan Gadaikan Masa Depan,PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menggadaikan masa depan negara dengan memilih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Beliau berkata, PRU-13 bukannya tempat untuk melakukan eksperimen sebaliknya pilihan raya tersebut merupakan platform terbaik untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat serta mempunyai rekod meyakinkan seperti kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tegasnya lagi, rakyat harus sedar bahawa kestabilan serta keamanan negara hanya boleh dibentuk melalui sebuah kerajaan yang benar-benar kuat dan bukannya daripada sebuah kerajaan yang lemah.

''Oleh itu jangan perjudikan masa depan negara dengan memilih pakatan pembangkang. Ketiga-tiga parti tersebut berlainan ideologi, berlainan platform. Mereka bukan satu parti yang kukuh.


''Malah sehingga kini pakatan pembangkang tidak didaftarkan sebagai sebuah parti (seperti BN). Bukan itu sahaja, sehingga kini persoalan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri masih belum diputuskan,'' katanya dalam program Conversation with the PM yang disiarkan di TV3.

Najib dalam program itu turut menyentuh mengenai kegagalan pihak pembangkang menunaikan janji manifesto mereka seperti yang ditawarkan pada pilihan raya 2008 yang sepatutnya membuka mata rakyat.

''Mereka gagal menunaikan manifesto pilihan raya 2008. Janji hanya tinggal janji. Janji mereka hanya janji kosong. Bahkan ada pemimpin mereka kata manifesto bukannya janji,'' ujarnya.

Berbanding dengan BN, beliau berkata, sejak 50 tahun lalu parti tersebut berjaya membuktikan kemampuannya mentadbir dan membela nasib rakyat dengan baik.

''Cuba lihat pemerintahan BN dalam tempoh empat tahun yang lalu bagaimana kerajaan bersungguh-sungguh membangunkan negara dan membela rakyat melalui agenda transformasi negara.

''Hasilnya pertumbuhan ekonomi negara pada suku terakhir tahun lalu mencecah 6.4 peratus dan 5.6 peratus keseluruhan tahun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

''Begitu juga pencapaian kita dalam meningkatkan pendapatan per kapita dalam tempoh tiga tahun sebanyak 49 peratus,'' katanya.

Beliau berkata, pada tahun 2009 pendapatan per kapita yang direkodkan adalah sebanyak AS$6,700 (RM20,700) setahun tetapi pada hujung 2011 pendapatan per kapitanya ialah AS$9,700 (RM30,070) setahun.

''Mesej yang mahu saya sampaikan di sini ialah dalam tempoh empat tahun ini kita telah sedaya upaya memajukan negara dan membela rakyat dan inilah hasilnya.

''Insya Allah sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada BN kita akan menawarkan banyak lagi agenda-agenda untuk memajukan negara serta rakyat dalam tempoh lima tahun lagi,'' katanya lagi.

Menjawab satu soalan beliau berkata, BN akan melancarkan manifestonya selepas Parlimen dibubarkan.

''Kita tidak boleh terlalu awal dan terlalu lewat untuk melancarkan manifesto ini. Kita mahu rakyat memberi perhatian kepada manifesto kita dan dalam masa sama menyebar luaskan untuk pengetahuan seluruh rakyat,'' katanya lagi.

Mengenai calon yang akan mewakili BN, Perdana Menteri memberi jaminan hanya calon boleh menang sahaja yang akan mewakil parti tersebut,

''Secara umumnya senarai calon hampir siap tetapi senarai ini masih tertakluk kepada perubahan-perubahan sehingga saat kita akan umumkan nanti. Walau apa pun kebanyakan kawasan telah kita putuskan."Sumber-

No comments:

Post a Comment