Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 13 March 2013

Lahat Datu : US600 Ganjaran Kepada Pengganas??!

Presiden Filipina juga mempersoalkan keupayaan kewangan Kirams dan pengikut mereka untuk pergi ke Lahad Datu dengan senjata api dan peruntukan. Sebelum ini, The Palace telah mendedahkan bahawa pengikut-pengikut Kiram telah dijanjikan US600 setiap seorang untuk menceroboh negeri Sabah.

Siapa sponsor? Anak Kiram III naik pesawat peribadi


Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa Filipina juga sedang mengkaji kemungkinan bahawa serangan Sabah bertujuan bukan hanya untuk mendapat publisiti tetapi juga untuk memalukan kedua-dua kerajaan Filipina dan Malaysia.
Merujuk kepada laporan terbaru philSTAR, media Filipina bertajuk Palace justifies Sabah probe yang mengesahkan siasatan ke atas konspirasi licik di sebalik pencerobohan di Sabah.

Satu siasatan tentang sudut konspirasi dalam penghantaran kumpulan bersenjata kesultanan Sulu ke Sabah adalah wajar dan konsisten dengan usaha untuk menamatkan keganasan di wilayah serta-merta, Malacañang berkata semalam.seterusnya...

No comments:

Post a Comment