Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 13 March 2013

Perkasa Kota Setar Kumpul RM63,000 Untuk Wira # Lahad Datu

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kota Setar berjaya mengumpul sumbangan RM63,000 untuk tabung keluarga anggota pasukan keselamatan yang gugur di Lahad Datu, Sabah.

Pengerusi Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, ia hasil sumbangan tujuh syarikat korporat di daerah ini.

MOHD. YUSOF Ismail (empat dari kanan) bersama Ahmad Ibrahim (lima dari kanan) serta penyumbang derma bergambar bersama replika cek RM63,000 sumbangan syarikat korporat selepas solat hajat mendoakan keselamatan pasukan polis dan tentera yang bertugas di Lahad Datu, Sabah di Masjid Ar-Rahmah, Taman Wira Mergong, Alor Setar malam tadi. - UTUSAN/KAMAL BASIR

"Orang ramai juga menyumbangkan kira-kira RM5,800," katanya selepas menyerahkan sumbangan itu kepada Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim di Masjid Ar-Rahmah Taman Wira Mergong di sini malam ini.

Terdahulu kira-kira 3,000 jemaah masjid mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan untuk pasukan polis dan tentera yang bertugas di Lahad Datu.

Solat hajat berjemaah anjuran Perkasa Kota Setar itu diimamkan Imam Masjid Abbad, Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani dari Mekah.

Mohd. Yusof berkata, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga selain menunjukkan keprihatinan rakyat negara ini terhadap keluarga wira negara itu.Sumber-

No comments:

Post a Comment