Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 13 March 2013

Yang Di-Pertuan Agong Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang gugur sewaktu melaksanakan tugas Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah. 


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berdukacita atas kehilangan pahlawan negara itu dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. 

Baginda juga berharap supaya setiap anggota keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan supaya sentiasa tenang serta tabah menghadapi ujian itu. 

Allahyarham Ahmad Hurairah, 24, daripada Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja, Tawau, Sabah terkorban dalam pertempuran lima jam dengan kumpulan pengganas di Sungai Nyamuk dekat Tanjung Batu, hari ini.Sumber-

No comments:

Post a Comment