Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 13 March 2013

Prebet Maut Trak Jatuh Gaung

Seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas trak yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih di sini semalam.

Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu mengorbankan Ahmad Farhan Ruslan dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Sandakan.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan untuk menghantar bekalan ke kawasan operasi Ops Daulat.

Sementara itu, di Kota Bharu, Kelantan, seorang ibu tidak menyangka kelibat beberapa anggota tentera yang datang ke rumahnya di Taman Desa Darulnaim 2, Pasir Tumboh membawa khabar sedih mengenai kematian anaknya yang menyertai Ops Daulat.

Rusilawati Ghani, 44, berkata, Ahmad Farhan, anak kedua daripada lima beradik itu maut selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan.Sumber-

No comments:

Post a Comment