Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 4 March 2013

Hilang Dalam Longkang

 Seramai 10 lelaki warga Afrika sanggup menggadai nyawa hingga ada yang jatuh ke dalam longkang dalam usaha melarikan diri daripada ditahan pegawai Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin.

Dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 11 malam di Taman Wawasan dan Bandar Puteri di Puchong, di sini seorang daripada mereka cedera di muka selepas terjatuh dalam longkang ketika melarikan diri.

Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montel berkata, mereka ini langsung tidak mempedulikan keselamatan diri dalam usaha untuk melarikan diri selepas menyedari kawasan mereka melepak itu diserbu pihak imigresen.

Menurutnya, dua lokasi berkenaan menjadi sasaran pihaknya berdasarkan hasil risikan yang mendapati warga Afrika itu sering melepak di lokasi itu.

Lelaki warga Afrika jatuh ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri daripada ditahan pegawai Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin.

“Operasi kali ini juga diadakan selepas mendapat aduan orang awam mengenai kebanjiran rakyat asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan itu.Sumber-

No comments:

Post a Comment