Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 4 March 2013

Makam Sultan Pahang Yang Pertama Terpinggir

 Makam Sultan Pahang yang pertama, Sultan Ahmad Shah yang berasal dari keturunan Sultan Melaka terus terpinggir di tanah perkuburan Islam, di sini.

Ketua kampung, Adam Majid berkata, makam itu tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkenaan dan tiada usaha untuk mempromosikan makam tersebut sebagai tapak sejarah.

Menurutnya, beliau pernah menyuarakan hal itu kepada Jabatan Muzium, namun pihak mereka mendakwa ia di bawah kuasa pihak lain. 

“Saya telah cuba meminta pihak berkenaan menguruskan masalah ini, namun masih kurang jelas mengenai bidang kuasa siapa yang menguruskan salah satu sejarah yang terpinggir di kampung ini.


“Papan tanda yang menunjukkan kawasan makam ini juga telah pudar dan pelancong atau orang ramai tidak tahu ada makam bersejarah di kawasan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Adam berkata, dahulu makam baginda yang berhampiran Sungai Pahang sering ditenggelami air, tetapi pihak berkuasa telah meninggikan kedudukannya dan membina tembok.

“Kewujudan makam ini tidak disedari orang ramai dan ia hanya diketahui orang lama di kampung ini.

“Kebanyakan golongan muda langsung tidak tahu ada makam ini yang menyimpan seribu satu cerita,” katanya.

Menurut sejarah, Sultan Ahmad Shah merupakan putera Sultan Mansur Shah dan Puteri Onang (Wanang) Sari yang dihantar untuk mentadbir Pahang pada 1470 hingga 1475.

Ia berikutan peristiwa pembunuhan anak Bendahara Tun Perak, Melaka iaitu Tun Besar yang sedang bermain sepak raga dan tanpa sengaja telah tersepak bola sehingga mengenai destar Raja Muhammad.

Bagi meredakan kemarahan Tun Perak dan rakyat Melaka, Sultan Mansur Shah menghantar anaknya ke Pahang dan akhirnya baginda mangkat pada 1475.Sumber-

No comments:

Post a Comment