Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 4 March 2013

Sidang Media PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai keyakinan pasukan keselamatan negara mampu menumpaskan kumpulan penceroboh yang mengganggu keamanan di Sabah.

Beliau berkata, pihaknya turut percaya rakyat akan faham bahawa kerajaan berada di pihak benar dan sentiasa menjaga kedaulatan, keamanan serta ketenteraman di negara ini.


Menurutnya, keadaan itu dibuktikan dengan kemarahan penduduk di Semporna apabila mereka membantu menumpaskan kumpulan penceroboh menyebabkan seorang daripada anggota kumpulan terbabit terbunuh.

“Lebih penting rakyat di sana (Sabah) menunjukkan kemarahan mereka terhadap kumpulan (penceroboh) dengan bertindak sendiri untuk menyelamatkan orang kampung yang menjadi tebusan selain menemui dua senjata M-16.

“Orang kampung tunjuk keberanian luar biasa untuk menumpaskan penceroboh kerana mereka tidak bersetuju dengan tindakan itu tanpa takut kehilangan,”katanya pada sidang media.Sumber-

No comments:

Post a Comment